Jalan masuk ke Mek Chah d'Villa |
Set kerusi makan di ruang makan dan dapor yang luas. Set kerusi tetamu dan televisyen. Halaman rumah berpagar dan berkunci. Kemudahan letak kenderaan tanpa gangguan. Sesuai untuk keluarga, perarakan pengantin dan sebagainya di atas keizinan tuan rumah.
Kedudukan:
* 40 minit dari rantau Petronas Paka
* 2 jam perjalanan ke Taman Tropikal Tasik Kenyir (sedang membangun)
* 1 jam perjalanan ke Jeti Marang untuk percutian ke Pulau Kapas
* 1 setengah jam ke Pasar Payang di Bandar Kuala Terengganu - 'shopping' songket, batik dan keropok lekor.
* 1 jam perjalanan ke Bandar Bukit Besi
* Laluan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
* Berdekatan dengan tempat-tempat makan, kedai dobi, kedai potong rambut, kedai buku, pusat membeli belah seperti Mydin di pekan Sura Gate
* Berdekatan dengan kemudahan awam seperti Hospital, Klinik, Bank, Stesen minyak dan pasar
* 10 minit ke persisiran pantai. Cantik! sepanjang pantai ada warung makan keropok lekor, otak-otak, sata, ikan/udang/sotong celup tepung, air kelapa, ABC dan sebagainya.
* 10 minit ke Pantai Telok Bidara yang indah lagi mempesona. Ombak yang tenang, pinggir pantai yang berbatu dan ada gua. Terletak di Seberang Pintasan dengan jambatan baru merentangi Sungai Dungun.
hmmm... picnic di Telok Bidara |
RM150.00/malam
'Check in': Selepas pukul 2 petang
'Check out': Sebelum pukul 12 tengahari.
Masa 'check in' dan 'check out' boleh di pertimbangkan sekiranya tiada tempahan sebelum atau selepas tarikh berkenaan.
Diskaun
Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap untuk tempoh masa yang lama. Bayaran dikenakan seminima RM500.00 seminggu untuk selama sebulan terus.
Cara tempahan: Sila hubungi kami di
012 2173784 (Mek Chah)
Wassap/SMS
Pembayaran boleh dibuat melalui Mesin deposit tunai atau Online banking. Nombor akaun akan diberikan setelah bersetuju untuk menyewa.
PENTING:
Sekiranya kemudahan yang disediakan semasa menyewa rumah Mek Chah d'villa di dapati rosak (cth: pecah, patah, hilang), maka penyewa hendaklah menanggung gantirugi berkenaan.
Keselamatan adalah tanggungjawab penyewa.
Penginapan hanya untuk ORANG MUSLIM SAHAJA. Elak membawa masuk BUKAN MAHRAM. Binatang belaan tidak dibenarkan masuk ke rumah. Harap maaf.