Wednesday, February 19, 2014

SAYA ---> MEK NUN... MEK CHAH... MOK... MEK

SAYA... 


Bersama family
Senyum buat anda



SAYA .. itu lah Zainun @Mek Nun @Mek Chah @Mok
Inilah dia pemilik Teratak Mek Chah.  Group pertama dan kedua Penyewa Teratak Mek Chah panggil saya 'Mok' .... Group lain tu panggil saya mak cik, ada juga panggil saya Mek... hehehe.... Umur?  dah jadi warga emas, baru pencen arrr.... 2 Januari 2014 baru ni bermula episod sebagai YB (Yang Bersara).  Status saya?  berkahwin.  Anak 4 orang, menantu 2 orang, cucu... coming soon...

Nama kat ic:  Zainun Mohd Nor
Panggilan kat kampong:  Mek Chah
Kekawan kat opis panggil saya Mek Nun

Memang anak Tenganu jati.  Menetap di Selangor sejak 1981.  Berhijrah atas urusan kerja/menuai rezeki di negeri orang.


Tuesday, February 18, 2014

AL-KISAH: KANDUNGAN ISI SEWANYA


Salam 2014 kepada pembaca blog Teratak Mek Chah 

Sewa bulanan RM600.00 nett.  Harga sewa pun macam biasa, tak naik pun.  Hanya untuk student atau yang belum berkeluarga).   Berminat?  anda boleh duduk 4 orang untuk meringankan sewa bulanan.  Ada dua bilik. Ini bermakna, 2 orang satu bilik dengan kemudahan seperti berikut:


Berdekatan dengan:

1) UiTM, Politeknik, Hospital dan IPD Dungun
2) Bank CIMB, MAYBANK dan Tabung Haji
3) kira-kira 3 km dari kawasan pantai
4) Surau tak sampai 5 minit jalan kaki
5) Berdekatan pekan Sura Gate - pusat membeli belah seperti Mydin, Pejabat Pos dll
Kemudahan yang disediakan:
Setiap Bilik Tidur
1) 2 'single bed' (bantal, cadar dan selimut bawa sendiri)
2) 2 Almari baju dan 2 'towel rack'
3) Rak buku (sharing le... )
4) Kipas siling di setiap bilik
Ruang tamu
1) 1 TV dan 1 rak TV
2) Kerusi tetamu (2 unit single seater, 1 unit double seater dan 1 unit meja kopi)
3) 3 Rak kasut (sharing jugak le...)
4) 1 Kipas siling
Ruang makan dan ruang dapur
1)   Meja makan dan 6 biji kerusi - Boleh lah buat 'study'
2)   Iron board (Seterika bawa sendiri lah yer...)
3)   Kipas siling di ruang makan
4)   PETI SEJUK (Sila jaga kebersihan)
5)   Dapur 2 tungku untuk memasak (Kena jaga ler kebersihan dapor/ruang memasak)
6)  Tong gas (jika gas habis, tukar/beli sendiri. Sekiranya gas masih berbaki semasa nak serah kunci rumah, bermakna ianya menjadi hak milik tuan rumah)
7)  1 Rak (kecil) untuk tos pinggan mangkok
8)  1 bakul tos jenis plastik
9)  1 Kuali memasak
10)  1 periok memasak
11)  1 set lesong batu
12) Meja plastik 4 seater + 4 stool plastik
13) MESIN BASUH pakaian (guna berhemah-jika rosak, tanggungjawab masing masing)
14) 2 set hampaian beroda
15) Rice cooker
16) Cerek Letrik
17)  Pinggan mangkuk dan gelas (semua jenis kaca)

Lain-lain
1) 2 tandas dan 1 bilik air
2) Kawasan berpagar dan luas untuk parkir kereta
3) Atas ikhsan tuan rumah, Line internet di kongsi pakai dengan penyewa.  Bil adalah tanggung jawab tuan rumah.

Tanggungjawab penyewa:
1) Bil air dan elektrik bayar sendiri.  
2) Sila jaga kebersihan rumah, bilik tidur, dapur dan tandas.
3) Sila jaga tatasusila - pakaian dan tuturkata.
4) Sila jaga perabot/perkakas rumah samada jenis kecil atau besar dengan sebaik-baiknya.
5) Penyewa bertanggungjawab atas sebarang kerosakan.
6) Tidak dibenarkan sama sekali mengalih/mengubah kedudukan perabut samada dalam bilik tidur, ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur.
7) Penyewa di kehendaki mengunci pintu pagar utama sebelum meninggalkan rumah.
8) Sekiranya ada kerosakan (saluran letrik/air/Kipas siling) sila maklumkan kepada tuan rumah atau wakil tuan rumah.
9) Dilarang sama sekali membawa masuk bukan muhrim serta haiwan peliharaan.
10) Keselamatan, kecurian, kebakaran dan kematian yang berlaku di Teratak Mek Chah adalah tanggungjawab masing-masing/penyewa.

Kadar Sewa (istimewa untuk pelajar sahaja):
RM600.00 sebulan.  Hanya 4 orang penyewa sahaja dibenarkan.  Penyewa hendaklah membayar sewa seperti biasa sekiranya musim cuti semester (tiada sewa 'off' and 'on' ATAU serah rumah semula kepada pemilik rumah).  Setelah rumah sewa diserah, semua barang-barang peribadi hendaklah dibawa keluar untuk dibuka kepada penyewa baru.

Cara bayaran:


1.  Sila bayar sewa bulanan melalui CIMB atau Maybank.  Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 5hb pada setiap bulan.  Nombor akaun akan diberitahu.

2.  Deposit rumah ialah RM600 dan sewa bulanan RM600

3.  Deposit air, elektrik dan kebersihan rumah serta perabot RM200. Akan dikembalikan deposit ini sekiranya tiada masalah oleh penyewa terhadap tuan rumah.

Jumlah keseluruhan ialah RM1,400.00, bermakna, sekiranya penyewa ada 4 orang, maka, setiap penyewa hendaklah bersedia dengan RM350 untuk mendapatkan kunci rumah.  Ini adalah prosedure biasa dalam urusan sewa rumah yang digunapakai.

Selepas tamat tempoh menyewa: Sekiranya bil air dan elektrik tiada tunggakan, rumah bersih, tiada sampah-sarap yang ditinggalkan, tiada kerosakan perabot, maka, depositnya akan dikembalikan kepada penyewa sepenuhnya.

BERMINAT?.....  Hubungi saya 012 217 3784


Jutaan terimakasih kepada yang pernah menjadi penyewa Teratak Mek Chah.  Anda semua telah menjadi penghuni yang baik, jujur dan bertanggungjawab (ada beberapa group penyewa yang saya tidak sempat bertemu muka dan bergambar) 


Group Pertama dan Kedua (Politeknik Dungun)
Cik Farah, Cik Noraini, Cik Fathihah, Cik Sarah, Cik Aifaa dan Pn. Umie 

      
Group ketiga (UiTM Dungun)
 Cik Anum dan Pn. Siti (UiTM Dungun)


Group ke 4 - Student Kulinari Sem 5, UiTM Dungun
Fadilah, Nora, Fatin, 
.  
dan Aishah.  Bergambar dengan tuan rumah. (Tuan rumah belanja makan).


"JUJUR DAN AMANAH SIFAT TERPUJI" 
Saya percaya anda... anda percaya saya, insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat.

Penghargaan

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan yang pernah tinggal di Teratak Mek Chah dan menguar
-uarkan kepada rakan taulan dan saudara mara masing-masing tentang kemudahan yang sedia ada.