Kepada 'Student' (perempuan) yang berurusan di kawasan Bandar Dungun - Mungkin anda student Politeknik Dungun... mungkin anda student UiTM Dungun... atau anda dari daerah lain.... datang ke Dungun untuk sementara waktu.... kerana tugas.... dan... Adakah anda sedang mencari penginapan sementara? ha'a.... mari mari mari.... Sila intai Teratak Mek Chah. Sebuah rumah 2 bilik hanya untuk 4 orang sahaja. Setiap bilik disediakan 2 katil dan tilam 'single'. Bantal, cadar dan sarung bantal bawa sendiri. Selain dari itu disediakan almari baju, 'towel rack'. Ruang tamu ada TV dan kerusi tetamu. Ruang dapor pula peti sejuk, meja dan kerusi makan, dapor 2 tungku dan banyak lagi.
Tertarik dengan offer ini?... senang je:
Untuk satu rumah, sewanya ialah RM600 - pendek cerita, 4 orang penghuni kena bayar RM150.00 seorang. (Sewa di kira untuk satu rumah, bukannya di kira bilik atau perseorangan, jangan salah faham pula tu...)
'Bank-in' saja deposit dan sewa bulanan, terus dapat kunci rumah. Deposit untuk sebulan sewa, Air dan Letrik serta deposit kebersihan dan kerosakan perabut, alaaa... deposit air, letrik dan kebersihan/kerosakan hanya RM200.00 sahaja, kalau anda berempat, maka, RM50.00 seorang. Wang deposit akan dikembalikan sekiranya anda menjelaskan bil bil tersebut dan kebersihan serta penjagaan perabut di urus dengan dengan baik. Setakat ini, semua penyewa saya kembalikan deposit kerana berpuashati cara dia orang menyewa rumah saya seperti jaga kebersihan, tidak merosakkan perabut atau barang-barang saya, tidak ada kehilangan barang milik saya. Alhamdulillah, penyewa sebelum ni memang baik budi perkerti... sampai sekarang masih 'keep in touch' dengan saya.
Ya la... saya menitik berat supaya menjaga rumah, perabut dan barang barang saya kerana saya tinggal jauh dari kampong halaman (Selangor), pulang ke kampong hanya sekali sekala sahaja (dalam setahun 2 atau 3 kali je)
PENTING: anda di mestikan menjaga kebersihan rumah (dapor, bilik air, bilik tidor dan ruang-ruang lain). Kejujuran, keikhlasan dan keperihatinan anda untuk ini sangat di sanjung tinggi dan dihargai.
Berminat? sila hubungi saya...... 012 217 3784
Monday, February 7, 2011
Friday, June 11, 2010
Lamanya tak lawati blog ini.......
Salam semua. Kepada semua yang pernah menginap di Teratak Mek Chah, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan kalian. Saya mohon maaf diatas apa jua kekurangan. Hasil dari sewa Teratak Mek Chah, dapatlah membantu saya bayar bil2 seperti cukai pintu, upah bersih kawasan rumah, upah orang bersih rumah, baiki kerosakan jika ada.
Biasalah, mesti ada masalah dari masa ke masa. Tambah baik dari masa ke masa. Lagipun, saya tidak mampu untuk buat sendiri memandangkan saya tinggal di Selangor.
Selain dari itu, jika ada penghuninya, nampak lah rumah tu berseri, tak gitu.
Kalau ada nak komen atau bagi idea, silakan.
Biasalah, mesti ada masalah dari masa ke masa. Tambah baik dari masa ke masa. Lagipun, saya tidak mampu untuk buat sendiri memandangkan saya tinggal di Selangor.
Selain dari itu, jika ada penghuninya, nampak lah rumah tu berseri, tak gitu.
Kalau ada nak komen atau bagi idea, silakan.
Saturday, July 11, 2009
Ingin bermalam?
| Jalan masuk ke Mek Chah d'Villa |
Set kerusi makan di ruang makan dan dapor yang luas. Set kerusi tetamu dan televisyen. Halaman rumah berpagar dan berkunci. Kemudahan letak kenderaan tanpa gangguan. Sesuai untuk keluarga, perarakan pengantin dan sebagainya di atas keizinan tuan rumah.
Kedudukan:
* 40 minit dari rantau Petronas Paka
* 2 jam perjalanan ke Taman Tropikal Tasik Kenyir (sedang membangun)
* 1 jam perjalanan ke Jeti Marang untuk percutian ke Pulau Kapas
* 1 setengah jam ke Pasar Payang di Bandar Kuala Terengganu - 'shopping' songket, batik dan keropok lekor.
* 1 jam perjalanan ke Bandar Bukit Besi
* Laluan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
* Berdekatan dengan tempat-tempat makan, kedai dobi, kedai potong rambut, kedai buku, pusat membeli belah seperti Mydin di pekan Sura Gate
* Berdekatan dengan kemudahan awam seperti Hospital, Klinik, Bank, Stesen minyak dan pasar
* 10 minit ke persisiran pantai. Cantik! sepanjang pantai ada warung makan keropok lekor, otak-otak, sata, ikan/udang/sotong celup tepung, air kelapa, ABC dan sebagainya.
* 10 minit ke Pantai Telok Bidara yang indah lagi mempesona. Ombak yang tenang, pinggir pantai yang berbatu dan ada gua. Terletak di Seberang Pintasan dengan jambatan baru merentangi Sungai Dungun.
| hmmm... picnic di Telok Bidara |
RM150.00/malam
'Check in': Selepas pukul 2 petang
'Check out': Sebelum pukul 12 tengahari.
Masa 'check in' dan 'check out' boleh di pertimbangkan sekiranya tiada tempahan sebelum atau selepas tarikh berkenaan.
Diskaun
Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap untuk tempoh masa yang lama. Bayaran dikenakan seminima RM500.00 seminggu untuk selama sebulan terus.
Cara tempahan: Sila hubungi kami di
012 2173784 (Mek Chah)
Wassap/SMS
Pembayaran boleh dibuat melalui Mesin deposit tunai atau Online banking. Nombor akaun akan diberikan setelah bersetuju untuk menyewa.
PENTING:
Sekiranya kemudahan yang disediakan semasa menyewa rumah Mek Chah d'villa di dapati rosak (cth: pecah, patah, hilang), maka penyewa hendaklah menanggung gantirugi berkenaan.
Keselamatan adalah tanggungjawab penyewa.
Penginapan hanya untuk ORANG MUSLIM SAHAJA. Elak membawa masuk BUKAN MAHRAM. Binatang belaan tidak dibenarkan masuk ke rumah. Harap maaf.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penghargaan
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan yang pernah tinggal di Teratak Mek Chah dan menguar-uarkan kepada rakan taulan dan saudara mara masing-masing tentang kemudahan yang sedia ada.