Thursday, February 14, 2013

BERTEMU JODOH DI TERATAK MEK CHAH

MasyaAllah..... lamanya saya tinggalkan Teratak Mek Chah.  Namun, Teratak Mek Chah tetap di hati... Teratak Mek Chah memberi seribu kenangan.... terbaru... salah seorang penyewa Teratak Mek Chah telahpun menjadi menantu saya.  Menarik bukan....

Pertemuan pertama anak lelaki saya (anak kedua) dengan gadis berasal dari Jerangau Barat (Ajil Terengganu) pada Julai 2011.  Mereka mula berkenalan jarak jauh... apa lagi... by SMS ler... dan mungkin by FB juga kot... heheheee.... ya lah... sorang kat Dungun Terengganu manakala sorang lagi di Seri Kembangan Selangor. 

Pada 16 September 2012, kedua-duanya mengikat tali pertunangan.  Majlis ijabkabul telah diadakan pada 24 Disember 2012 manakala majlis kenduri pada 25 Disember 2012. 

Jodoh oh Jodoh.... Jodoh pertemuan... ajal maut... semuanya milik Allah SWT... suatu yang menjadi rahsia Allah SWT....

Amir dan Umie -  Pertemuan bermula di Mek Chah d'Villa

Di doakan semoga jodoh mereka berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat, malah ke Jannah jua.

Saturday, March 5, 2011

RUMAH SEWA UNTUK STUDENT/BELUM BERKELUARGA

Salam sayang dari saya untuk anda yang setia melayari blog ini.  Semoga anda dirahmati oleh Allah SWT.  Sentiasa sihat, ceria dan bahagia.
Baru-baru ini saya telah meuar-uarkan 'Teratak Mek Chah' melalui caribilik.com.  Alhamdulillah, ada yang berminat.  
Selepas berfikir dan berbincang dengan anak-anak saya, maka, tak sampai hati untuk saya mengenakan harga sewa sehingga RM200.00 seorang.  Selain daripada mendapatkan 'side income' (rumah masih dalam bayaran dengan pinjaman perumahan), saya juga ingin membuat sedikit amal jariah untuk anak-anak perantau seperti anda semua terutamanya yang masih menuntut di IPT. 
Dalam kehidupan ini, saya sentiasa bayangkan, jika saya dan anak-anak saya di tempat anda.... terasa juga keperitannya.. teringin juga melihat anak-anak dapat menjalankan kehidupan sebagai pelajar dengan sedikit keselesaan walaupun berjauhan dari keluarga.  Saya telah lalui itu semua. Anak-anak saya pernah merantau kerana menyambung pelajaran, ya... bermacam-macam luahan dan pengalaman yang mereka dan saya sendiri lalui... suka dan duka... kekadang, luahan mereka dengan airmata.... kekadang dengan senyuman.
Bagi saya, sesiapa yang menyewa Teratak Mek Chah, mereka juga seperti anak-anak saya.  Andaikata saya tak berpuas hati, saya akan tegur, terutamanya tentang kebersihan rumah dan adap sopan bermasyarakat.  Maklumlah, hidup berjiran dan dalam suasana kampung.
Sewa bulanannya ialah RM600.00 (harga tetap, tiada tawar menawar.  Saya cadang dan hadkan hanya 4 orang penyewa sahaja.  Maknyanya, hanya RM150.00 seorang dengan kemudahan seperti berikut:
Berdekatan dengan:
1) Hospital Daerah Dungun
2) Politeknik Dungun
3) UiTM Dungun
4) Bank CIMB, MAYBANK dan Tabung Haji
5) kira-kira 3 km dari kawasan pantai
6) Surau tak sampai 5 minit jalan kaki
7) Berdekatan pekan Sura Gate - pusat membeli belah seperti Mydin, Pejabat Pos untuk urusan bayaran bil-bil, dll
Kemudahan yang disediakan:
Setiap Bilik Tidur
1) 2 bilik - setiap bilik ada 2 'single bed' termasuk tilam (bantal, cadar dan selimut bawa sendiri)
2) 2 Almari baju dan 2 'towel rack'
3) Kipas siling di setiap bilik
Ruang tamu
1) 1 TV dan 1 rak TV
2) Kerusi tetamu (2 unit single seater, 1 unit double seater dan 1 unit meja kopi)
3) 2 Rak kasut
4) 1 Kipas siling
Ruang makan dan ruang dapur
1) Meja makan 4 kerusi
2) PETI SEJUK (Sila jaga kebersihan/cuci dari masa ke masa)
3) Dapur untuk memasak (Sila bersih dapor, lantai bawah, tepi dan sisi dapor)
4) Tong gas (jika gas habis, tukar/beli sendiri)
5) 1 Rak (kecil) untuk tos pinggan mangkok
6) 1 bakul tos jenis plastik
6) Kipas siling di ruang makan
7)  MESIN BASUH pakaian (guna dengan berhemah)
8)  Rice cooker
9)  Ceret letrik
10) Beberapa biji pinggan mangkuk

Lain-lain
1) 2 tandas dan 1 bilik air
2) Kawasan berpagar dan luas untuk parkir kereta

Tanggungjawab penyewa:
1) Bil air dan elektrik bayar sendiri
2) Sila jaga kebersihan rumah, bilik tidur, dapur dan tandas
3) Sila jaga tatasusila - pakaian dan tuturkata.
4) Sila jaga harta benda samada jenis kecil atau besar dengan sebaik-baiknya.(perabot/perkakas rumah). 
5) Penyewa bertanggungjawab atas sebarang kerosakan.
6) Dilarang sama sekali membawa masuk bukan muhrim serta haiwan peliharaan.
7) Keselamatan, kecurian, kebakaran dan kematian yang berlaku di Mek Chah d'Villa adalah tanggungjawab masing-masing/penyewa.

Kadar Sewa (istimewa untuk pelajar sahaja):
RM600.00/sebulan.  Hanya 4 orang penyewa sahaja dibenarkan. Penyewa hendaklah membayar sewa seperti biasa sekiranya musim cuti semester (tiada sewa 'off' and 'on' ATAU serah rumah semula kepada pemilik rumah).  Setelah rumah sewa diserah, semua barang-barang peribadi hendaklah dibawa keluar, kerana penyewa baru akan masuk. 

Sewaan secara iklan akan dibuka kepada penyewa baru.

Cara bayaran:
1.  Sila bayar sewa bulanan melalui CIMB atau Maybank.  Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 5hb. pada setiap bulan.  Nombor akaun akan diberitahu.

2.  Deposit rumah ialah RM600 dan sewa bulanan RM600

3.  Deposit air, elektrik dan kebersihan rumah serta perabot RM200. 

Jumlah keseluruhan ialah RM1,400.00, bermakna, setiap student (Jika 4 orang) hendaklah bersedia dengan RM350 untuk mendapatkan kunci rumah.  Ini adalah prosedure biasa dalam urusan sewa rumah yang digunapakai.

Selepas tamat tempoh menyewa: Sekiranya bil air dan elektrik tiada tunggakan, rumah bersih, tiada sampah-sarap yang ditinggalkan, tiada kerosakan perabot, maka, depositnya akan dikembalikan kepada penyewa sepenuhnya. 


"JUJUR DAN AMANAH SIFAT TERPUJI" - Saya percaya anda... dan anda percaya saya, insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat.

Berminat.... komen..... dan cadangan...., sila email zainunzmn@yahoo.com
Dapur 2 tungku dan tong gas 

Ruang Dapor yang luas

Ruang Dapur

Ruang Makan

Ruang tamu

Ruang tamu

Kabinet Baju dan tower rack disediakan

Bilik tidor

Kabinet Baju disediakan

Monday, February 7, 2011

Berita untuk 'Student atau penyewa jangka pendek'

Kepada 'Student' (perempuan) yang berurusan di kawasan Bandar Dungun -  Mungkin anda student Politeknik Dungun... mungkin anda student UiTM Dungun... atau anda dari daerah lain.... datang ke Dungun untuk sementara waktu.... kerana tugas....  dan... Adakah anda sedang mencari penginapan sementara?  ha'a.... mari mari mari.... Sila intai Teratak Mek Chah.  Sebuah rumah 2 bilik hanya untuk 4 orang sahaja.  Setiap bilik disediakan 2 katil dan tilam 'single'.  Bantal, cadar dan sarung bantal bawa sendiri.  Selain dari itu disediakan almari baju, 'towel rack'.  Ruang tamu ada TV dan kerusi tetamu.  Ruang dapor pula peti sejuk, meja dan kerusi makan, dapor 2 tungku dan banyak lagi.

Tertarik dengan offer ini?... senang je:
Untuk satu rumah, sewanya ialah RM600 - pendek cerita, 4 orang penghuni kena bayar RM150.00 seorang.  (Sewa di kira untuk satu rumah, bukannya di kira bilik atau perseorangan, jangan salah faham pula tu...)

'Bank-in' saja deposit dan sewa bulanan, terus dapat kunci rumah.  Deposit untuk sebulan sewa, Air dan Letrik serta deposit kebersihan dan kerosakan perabut, alaaa... deposit air, letrik dan kebersihan/kerosakan hanya RM200.00 sahaja, kalau anda berempat, maka, RM50.00 seorang.  Wang deposit akan dikembalikan sekiranya anda menjelaskan bil bil tersebut dan kebersihan serta penjagaan perabut di urus dengan dengan baik. Setakat ini, semua penyewa saya kembalikan deposit kerana berpuashati cara dia orang menyewa rumah saya seperti jaga kebersihan, tidak merosakkan perabut atau barang-barang saya, tidak ada kehilangan barang milik saya.  Alhamdulillah, penyewa sebelum ni memang baik budi perkerti...  sampai sekarang masih 'keep in touch' dengan saya.


Ya la... saya menitik berat supaya menjaga rumah, perabut dan barang barang saya kerana saya tinggal jauh dari kampong halaman (Selangor), pulang ke kampong hanya sekali sekala sahaja (dalam setahun 2 atau 3 kali je)  


PENTING:  anda di mestikan menjaga kebersihan rumah (dapor, bilik air, bilik tidor dan ruang-ruang lain).  Kejujuran, keikhlasan dan keperihatinan anda untuk ini sangat di sanjung tinggi dan dihargai.

Berminat?  sila hubungi saya...... 012 217 3784

Friday, June 11, 2010

Lamanya tak lawati blog ini.......

Salam semua. Kepada semua yang pernah menginap di Teratak Mek Chah, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan kalian. Saya mohon maaf diatas apa jua kekurangan. Hasil dari sewa Teratak Mek Chah, dapatlah membantu saya bayar bil2 seperti cukai pintu, upah bersih kawasan rumah, upah orang bersih rumah, baiki kerosakan jika ada.

Biasalah, mesti ada masalah dari masa ke masa. Tambah baik dari masa ke masa. Lagipun, saya tidak mampu untuk buat sendiri memandangkan saya tinggal di Selangor.

Selain dari itu, jika ada penghuninya, nampak lah rumah tu berseri, tak gitu.

Kalau ada nak komen atau bagi idea, silakan.

Saturday, July 11, 2009

Ingin bermalam?

Jalan masuk ke Mek Chah d'Villa
Jika berkunjung ke Terengganu..... singgahlah menginap di rumah sewa Mek Chah d'Villa. Hampir dengan UiTM Dungun, juga Politeknik. Mempunyai 2 bilik tidur, sebuah bilik mandi berserta tandas, 2 buah tandas (sebuah, di luar rumah). Semua bilik termasuk ruang makan disediakan kipas siling. Peralatan rumah dilengkapi keperluan asas seperti katil, almari baju, seterika gosok baju. Ruang dapur dengan kemudahan peti sejuk, cerek pemanas air letrik, periuk masak nasi letrik, pinggan mangkuk dan dapur gas 2 tungku (atas permintaan).

Set kerusi makan di ruang makan dan dapor yang luas. Set kerusi tetamu dan televisyen. Halaman rumah berpagar dan berkunci. Kemudahan letak kenderaan tanpa gangguan. Sesuai untuk keluarga, perarakan pengantin dan sebagainya di atas keizinan tuan rumah.

Kedudukan:
* 40 minit dari rantau Petronas Paka
* 2 jam perjalanan ke Taman Tropikal Tasik Kenyir (sedang membangun)
* 1 jam perjalanan ke Jeti Marang untuk percutian ke Pulau Kapas
* 1 setengah jam ke Pasar Payang di Bandar Kuala Terengganu - 'shopping' songket, batik dan keropok lekor.
* 1 jam perjalanan ke Bandar Bukit Besi
* Laluan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
* Berdekatan dengan tempat-tempat makan, kedai dobi, kedai potong rambut, kedai buku, pusat membeli belah seperti Mydin di pekan Sura Gate
* Berdekatan dengan kemudahan awam seperti Hospital, Klinik, Bank, Stesen minyak dan pasar
* 10 minit ke persisiran pantai. Cantik! sepanjang pantai ada warung makan keropok lekor, otak-otak, sata, ikan/udang/sotong celup tepung, air kelapa, ABC dan sebagainya.
* 10 minit ke Pantai Telok Bidara yang indah lagi mempesona. Ombak yang tenang, pinggir pantai yang berbatu dan ada gua. Terletak di Seberang Pintasan dengan jambatan baru merentangi Sungai Dungun.

hmmm...  picnic di Telok Bidara
Kadar sewa:
RM150.00/malam


'Check in': Selepas pukul 2 petang
'Check out': Sebelum pukul 12 tengahari.

Masa 'check in' dan 'check out'
boleh di pertimbangkan sekiranya tiada tempahan sebelum atau selepas tarikh berkenaan.


Diskaun
Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap untuk tempoh masa yang lama. Bayaran dikenakan seminima RM500.00 seminggu untuk selama sebulan terus.

Cara tempahan:  Sila hubungi kami di
012 2173784 (Mek Chah) 
Wassap/SMS

Pembayaran boleh dibuat melalui Mesin deposit tunai atau Online banking. Nombor akaun akan diberikan setelah bersetuju untuk menyewa.

PENTING:
Sekiranya kemudahan yang disediakan semasa menyewa rumah Mek Chah d'villa di dapati rosak (cth: pecah, patah, hilang), maka penyewa hendaklah menanggung gantirugi berkenaan.

Keselamatan adalah tanggungjawab penyewa.

Penginapan hanya untuk ORANG MUSLIM SAHAJA.  Elak membawa masuk BUKAN MAHRAM. Binatang belaan tidak dibenarkan masuk ke rumah. Harap maaf.

Penghargaan

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan yang pernah tinggal di Teratak Mek Chah dan menguar
-uarkan kepada rakan taulan dan saudara mara masing-masing tentang kemudahan yang sedia ada.